EN B. Melayu
POLISI PRIVASI BACKOFFICE

SILA TELITI MAKLUMAT POLISI SECARA TERPERINCI


Pengenalan

Polisi Privasi Backoffice (“Polisi ini”) menghuraikan bagaimana Encore Med Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 1198745-V) (“kami”) mengurus Data Peribadi yang berada dalam milikan atau kawalan kami.


"Data Peribadi", dalam Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010 (“APDP”), dilklasifikasi sebagai sebarang informasi atau maklumat yang diperolehi melalui sebarang transaksi komersial bagi pengenalan seseorang individu yang diperolehi samada secara lansung atau tidak langsung dari mana-mana sumber atau medium dan berada dalam posesi, milikan atau kawalan sesuatu pihak termasuk data sensitif yang memberi pandangan, pendapat atau expresi bagi seseorang individu.


Polisi ini menyatakan bagaimana cara kami mengumpul, mengguna, menyimpan, memindah dan memproses Data Peribadi itu. Ia juga menyatakan pilihan anda berkenaan penggunaannya, dan hak anda bagi mengakses dan perubahan/pembetulan Data Peribadi anda.



Aplikasi

Polisi ini terpakai kepada penggunaan Backoffice kami oleh anda, termasuk penggunaan aplikasi mudah alih, sebagai pelanggan koperat atau sebagai pengguna pelanggan koperat kami. Ia juga terpakai untuk data yang diproses oleh kami bagi pihak anda (“Trust Data”) dalam kapasiti kami sebagai pemproses data.

Polisi ini tidak terpakai bagi sebarang informasi atau data yang diambil-simpan oleh kami sebagai pengguna data bagi tujuan lain, seperti informasi yang diambil-simpan melalui laman web kami di www.encoremed.io atau melalui aplikasi mudah alih dan melalui sebarang aplikasi yang ditetapkan dengan fungsi yang sama bagi penjenamaan-semula (rebranded) bagi pihak hospital / klinik untuk membolehkan pesakit membuat temujanji dari rumah dengan memuat-turun melalui apps store atau yang telah diintegrasi ke dalam laman web hospital atau klinik berkenaan. Polisi ini juga tidak termasuk informasi atau data yang diproses untuk informasi yang diambil-simpan dan diurus dengan penggunaan Backoffice untuk pembangunan dan perkhidmatan persendirian (“New Data”). Sila rujuk Polisi ini yang merangkumi informasi atau data ini di sini.



Tanggungjawab

Kami memproses Trust Data di bawah arahan pelanggan koperat (i.e. hospital / klinik), dan tidak mempunyai pengawalan langsung atau pemilikan ke atas Data Peribadi yang diproses oleh kami. Pelanggan koperat atau penggunanya bertanggungjawab mematuhi sebarang peraturan atau undang-undang yang memerlukan pemberian notis, pendedahan, dan/atau mendapatkan persetujuan sebelum pemindahan data ke Backoffice bagi tujuan pemprosesan.



Umum/Am

Terma yang tidak diklasifikan di sini mempunyai maksud sepertimana yang dihurai dalam Backoffice Agreement atau Hospital SaaS Agreement. Sekiranya wujud konflik antara Polisi ini dan Backoffice Agreement, terma Backoffice Agreemet diberi keutamaan (prevail).

Kami secara berkala akan mengemaskini Polisi ini. Kami akan memaklumkan sebarang perubahan di mukasurat ini dan sekiranya perubahan tersebut adalah ketara, kami akan memaparkan notis terserlah (prominent notice) dengan menghantar email atau push notification di laman web atau aplikasi. Walaupun kami akan memaklumkan sebarang perubahan ketara sebelum tempoh penguatkuasaan, anda dinasihatkan untuk membaca dan mengkaji Polisi ini secara berkala kerana penerusan penggunaan laman web atau perkhidmatan kami mengesahkan bahawa anda memahami Polisi ini atau apa-apa perubahan kemudiannya yang dibuat tanpa rizab (without reservation).

Undang-undang Malaysia adalah terpakai bagi maksud Polisi ini. Tanpa prejudis kepada hak anda untuk menyandar kepada undang-undang lain, sebarang pertikaian wujud dari Polisi Privasi ini termasuk apa-apa persoalan berkaitan keesahan, kewujudan, pembatalan atau sebagainya hendaklah dirujuk ke Mahkamah Malaysia dan kedua-dua pihak terbabit dengan ini tanpa sebarang batasan dan had menyerah kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan berkenaan Polisi ini atau berkenaan penggunaan informasi yang diserahkan kepada kami, sila hubungi kami di sini.



Polisi ini merangkumi perihal:

  1. Bagaimana kami mengguna Backoffice
  2. Bagaimana kami berkongsi informasi yang diambil-simpan
  3. Pautan pihak ketiga
  4. Data Subjek / Permintaan pesakit
  5. Retensi Data Peribadi
  6. Pemindahan informasi anda keluar dari Malaysia
  7. Cara menghubungi kami
  8. Presiden


  1. Bagaimana kami mengguna Backoffice
  2. Backoffice kami membantu pengguna Backoffice untuk memudahkan aliran kerja harian. Informasi ditambah ke dalam Backoffice, apabila pengguna menambahnya, disimpan dan diurus oleh System’s servers.

    Penggunaan oleh Encore Med

    Kami menggunakan Backoffice kami untuk membangun produk dan perkhidmatan bagi membolehkan kami menawar penjagaan kesihatan yang lebih mudah dan bijak. Informasi yang diambil-simpan dan diurus oleh kami dengan penggunaan Backoffice bertujuan bagi pembangunan dan perkhidmatan persendirian (“New Data”) kepunyaan kami dan digunakan, didedahkan dan dilindungi seperti dalam Polisi ini.

    Penggunaan oleh pelanggan koperat atau penggunanya

    Pengguna mengguna Backoffice untuk memudahkan aliran kerja harian manakala pelanggan koperat menggunakannya untuk menjejak menjejak prestasi hospital / klinik masing-masing. Apabila pengguna Backoffice menggunakan Backoffice, data di-input bagi membolehkan penggunaan ciri-ciri berlainan yang terdapat dalam Backoffice dalam. Kami tidak mengawal kontent atau jenis informasi atau data yang pengguna Backoffice memilih untuk input. Informasi ini (“Trust Data”) adalah hak-milik pelanggan koperat dan digunakan, didedah dan dilindungi bagi pelanggan koperat seperti dalam polisi privasi mereka masing-masing.

    Kami memproses Trust Data sepertimana yang diarah oleh pelanggan koperat dan selaras dengan perjanjian-perjanjian kami dengan pelanggan koperat kami (Hospital SaaS Agreement), dan ia disimpan dalam System’s Servers kami.

    Perjanjian-perjanjian kami dengan pelanggan koperat kami melarang kami dari menggunakan Trust Data, kecuali sebagaimana yang dibenarkan melalui Polisi ini dan mengikut undang-undang.

    Kami menggunakan Trust Daya yang diambil-simpan melalui Backoffce input oleh pelanggan koperat atau penggunanya bagi tujuan berikut:

    • bagi memberikan tawaran perkhidmatan Backoffice (termasuk dan tanpa had kepada pengesanan, pencegahan dan resolusi keselamatan dan isu teknikal);
    • bagi menambah-baik tawaran perkhidmatan kami dan membangun perkhidmatan baru;
    • bagi bertindak terhadap permintaan sokongan oleh pelanggan; dan
    • sebaliknya untuk memenuhi obligasi di bawah Backoffice Agreement dan Hospital SaaS Agreement.

    Kami tidak mempunyai hubungan terus dengan pesakit-pesakit yang memberi Data Peribadi kepada pelanggan koperat kami atau penggunanya. Pelanggan koperat mengawal dan kami bertanggungjawab untuk membuat pembetulan, perubahan dan mengemas-kini informasi yang diambil-simpan oleh mereka. Kami mungkin membuat kerja bagi pelanggan koperat dan membantu mereka memberi notis kepada pesakit berkenaan data yang diambil, proses dan diguna.

  3. Bagaimana kami berkongsi informasi yang diambil-simpan
  4. Penyedia-penyedia Perkhidmatan (Service Providers)

    EM menggaji syarikat dan individu lain yang dipilih berhati-hati bagi memberi perkhidmatan kami kepada pelawat laman web dan pelanggan koperat kami dan penggunanya dan kami mungkin perlu berkongsi informasi anda dengan mereka bagi tujuan tertentu (setakat yang perlu) bagi sokongan fungsi atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda yang mana informasi tersebut akan dirahsiakan oleh mereka.

    Pendedahan melalui undang-undang

    Kami merezabkan hak penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda mengikut kehendak undang-undang atau secara munasabah dipercayai bahawa penggunaan atau pendedahan tersebut adalah perlu bagi melindungi hak kami, keselamatan kami atau keselamat orang lain, menyiasat frod, atau pematuhan undang-undang, mengikut perintah Mahkamah atau proses undang-undang.

  5. Pautan pihak ketiga
  6. Kami mungkin memberi pautan di Backoffice kami yang menghubungkan anda ke laman web pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kontent dan praktik persendirian yang diguna-pakai oleh laman-laman web tersebut yang melalui laman web kami. Kami mencadangkan bahawa anda membaca setiap polisi laman yang dikunjungi dan menghubungi pemiliknya atau operatornya jika mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan.

  7. Permintaan pesakit
  8. Sekiranya seseorang pesakit tidak lagi mahu informasinya diambil-sioan atau diproses oleh kami, atau jika seseorng pesakit berniat untuk mengakses, membetul, meminda atau memusnah data yang diambil-simpan berkenaannya, kami akan bekerjasama dengan anda untuk membalas kepada permintaan pesakit tersebut.

  9. Retensi Data Peribadi
  10. Data yang diambil-simpan sebagai sebahagian penggunaan Backoffice oleh anda dikekal-simpan berdasarkan perjanjian berkaitan antara pelanggan koperat kami dan kami (Hospital Saas Agreement).

    Trust Data diambil-simpan selagi anda kekal aktif sebagai pelanggan koperat atau penggunanya. Trust Data hanya akan dipadamkan/dihapuskan atas penerimaan permintaan bertulis oleh anda atau tempoh sebagaimana ditetapkan mengikut pembatalan semua kontrak berkenaa antara kami dan pelanggan koperat kami. Secara amnya, Trust Data hanya akan dipadam/dimusnahkan selepas tempoh langganan berbayar anda tamat dan akses Backoffice anda tidak lagi aktif / dihalang akses.

  11. Pemindahan informasi anda keluar dari Malaysia
  12. Bagi kemudahan operasi, kami mungkin akan memindah dan/atau memproses Data Peribadi anda luar dari Malaysia. Dalam berbuat demikian, kami akan mematuhi APDP dan undang-undang perlindungan dan privasi data lain yang berkaitan.

  13. Cara menghubungi kami
  14. Sekiranya anda perlu menghubungi kamk untuk apa-apa pertanyaan atau aduan sila hubungi kami melalui informasi berikut:

    Alamat
    3A-7, Menara MBMR No. 1,
    Jalan Syed Putra,
    58000 Kuala Lumpur.

    No. Telefon. : +603-2770 2539
    Alamat Email : support@encoremed.io

  15. Presiden
  16. Versi Bahasa Inggeris Polisi ini akan mengambil presiden atas versi Bahasa Melayu sekiranya berlaku apa-apa konflik antara kedua-dua versi tersebut.